NM COLLECTION

NM Collection menjual berbagai-bagai jenis songkok, capal dan samping yang dijamin dari segi kualiti pembuatannya. Pada masa akan datang, NM Collection akan menambah lagi koleksi keluarannya sekiranya penjualan produk yang sedia ada mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima Kasih atas sokongan anda...

Tuesday, June 23, 2009

APA ITU SAMPING ?

Samping sama seperti kain sarung yang biasa dipakai oleh kaum lelaki. Bezanya adalah samping lebih pendek daripada kain sarung. Samping biasanya dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping akan diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar atau di sebelah dalam baju. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis.

Pada asalnya, samping lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Mengikut peredaran masa, samping diikat dan dilipat sehingga ke paras lutut. Ia lebih digemari kerana ringkas dan selesa apabila dipakai.

Di Johor misalnya, samping dipakai oleh kaum lelaki di sebelah dalam iaitu di bawah baju kurung Teluk Belanga. Samping yang dipakai dengan cara ini dipanggil kain samping dagang dalam. Samping yang dipakai dengan cara dilipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-tengah di hadapan badan. Kemudian bahagian yang bertindan itu akan digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong.

Selain daripada cara yang disebutkan di atas, samping juga boleh dipakai dengan pelbagai gaya supaya lebih menarik. Antaranya ialah dengan cara melipat-lipatnya di sisi badan dan menyimpulnya dengan simpulan seperti tanduk atau bunga, mengikatnya dengan tali pinggang atau bengkong. Jika tali pinggang digunakan, pending dipasangkan untuk menjadi kepala tali pinggang supaya nampak lebih kemas dan lebih hebat

No comments: