NM COLLECTION

NM Collection menjual berbagai-bagai jenis songkok, capal dan samping yang dijamin dari segi kualiti pembuatannya. Pada masa akan datang, NM Collection akan menambah lagi koleksi keluarannya sekiranya penjualan produk yang sedia ada mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima Kasih atas sokongan anda...

Monday, August 8, 2011

Gambar Samping

***Untuk makluman pelanggan kami yg budiman, stok samping adalah terhad, sebarang tempahan akan disemak dahulu untuk melihat stok barang. Ini kerana setiap corak hanya mempunyai 1 atau 2 corak yg sama sahaja bergantung kepada corak samping tersebut***

Gambar-gambar samping koleksi NM COLLECTION (siap dijahit) :-

SAMPING DEWASA (RM165 exclude postage) - SOLD OUT





SAMPING DEWASA (RM95 exclude postage)







Wednesday, July 20, 2011

NM COLLECTION mulai beroperasi kembali (20 Januari 2011)...harap maaf pada yg telah membuat tempahan..ade kesulitan yg tidak dpt dielakkan...Sila hubungi talian baru kami untuk tempahan (sila klik pada Contact Us)...Terima Kasih

Tuesday, June 23, 2009

APA ITU SONGKOK ?

Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi masyarakat Melayu. Songkok dipakai sebagai pelengkap baju melayu bagi menghadiri majlis-majlis keramaian atau keagamaan. Songkok sangat popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di Selatan Thailand.

Songkok dikatakan berasal daripada penduduk Indonesia yang beragama Islam. Pada asalnya, bentuk songkok adalah di dalam bentuk yang seakan-akan fez (juga dikenali sebagai tarbus). Kebanyakannya dihasilkan di dalam warna hitam. Di Indonesia songkok juga dikenali sebagai peci.

Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala rasmi yang pada awalnya dipopularkan oleh Presiden Sukarno. Songkok ini akan dipakai oleh rakyat Indonesia bagi menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau majlis keagamaan seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Di kalangan masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Songkok juga turut dipakai oleh pasukan tentera dan polis di Malaysia dan Brunei untuk upacara-upacara tertentu. Songkok terdiri daripada berbagai-bagai saiz mengikut ukuran kepala si pemakai. Songkok boleh dipakai kosong (warna hitam) atau diberi hiasan iaitu lilit yang boleh dipasang atau dibuka.

Untuk mengetahui saiz songkok yang dipakai. kita perlu mengukur dengan menggunakan tali pengukur yang akan dililit di sekitar kepala iaitu di bahagian atas kening. Ukuran yang diambil adalah dalam ukuran inci. Sebagai contoh, jika ukuran lilit kepala adalah 22", makan saiz sebenar songkok si pemakai adalah 22 1/4". Tujuan saiz songkok dibesarkan 1/4" adalah bagi memastikan pemakaian songkok yang selesa.

***rujukan : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

PROSES PEMBUATAN SONGKOK

Berikut adalah proses-proses di dalam pembuatan songkok....



Rajah di atas adalah bahan yang digunakan sebagai rangka dalam pembuatan songkok. Ia lebih dikenali sebagai polan. Ia dibuat daripada suratkhabar lama dan cebisan kain. Polan akan dipotong mengikut saiz- saiz songkok.



Gambar di atas adalah kulit yang digunakan sebagai pelindung daripada peluh atau basah. Kulit juga digunakan bagi mengekalkan bentuk songkok. Kulit dipotong selebar 1 1/2" dan dijahit di sebelah dalam songkok.



Baldu adalah kain yang digunakan untuk membalut rangka songkok yang telah siap dijahit. Baldu songkok terdiri daripada dua jenis iaitu baldu biasa dan baldu SOB (baldu tebal). Baldu akan dipotong mengikut saiz songkok.



Proses pembuatan rangka songkok dilakukan dengan menyambung badan songkok ke kepala songkok seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas.



Gambar di atas menunjukkan proses menjahit baldu untuk disatukan kepada rangka songkok. Kertas keras akan dijahit bersama-sama baldu untuk membuat badan songkok.



Proses seterusnya adalah menyemat baldu di bahagian kepala songkok dengan jarum. Setelah selesai disemat, sematan tersebut akan dijahit supaya baldu tidak tanggal dari rangka songkok (gambar di bawah).



GAMBAR SONGKOK

Berikut adalah jenis-jenis songkok koleksi NM Collection....


SONGKOK TINGGI KAIN BIASA



SONGKOK SOB TINGGI





SONGKOK SOB TINGGI (5")

HARGA SONGKOK

Songkok keluaran NM Collection adalah 100% buatan tangan. Kami yakin anda akan berpuas hati dengan songkok keluaran NM Collection kerana kami mementingkan kualiti dari kuantiti....
SONGKOK BUDAK
Jenis Saiz Harga
Biasa 18 - 20 3/4 RM 15
Tinggi 18 - 20 3/4 RM 25
SONGKOK DEWASA
Jenis Saiz Harga
Biasa 21 - 23 RM 20 - RM 35 (bergantung saiz)
Tinggi 21 - 23 RM 30 - RM 45 (bergantung saiz)
SONGKOK S.O.B
Jenis Saiz Harga
S.O.B Rata 21 - 23 RM 50 - RM 65
S.O.B Tinggi 21 - 23 RM 60-RM80
(bergantung tinggi)

LILIT SONGKOK

Lilit yang diletakkan sebagai hiasan tepi songkok bagi menjadikan songkok kelihatan lebih menarik. NM Collection menjual lilit yang terdiri daripada lilit halus dan lilit songket. Lilit boleh dibuka atau dipasang mengikut selera pemakai. Saiz lilit bergantung kepada saiz songkok.

Namun, lilit hanya sesuai dipakai pada songkok biasa. Ini kerana jika lilit dipakai pada songkok S.O.B, ia akan merosakkan kualiti baldu songkok tersebut kerana baldu S.O.B tebal.









LILIT SONGKOK
Jenis Saiz Harga Harga (Sekodi)
Lilit Halus 21 - 23 RM RM 120
Lilit Songket 18 - 20 3/4 RM RM 70








21 - 23 RM RM 90