NM COLLECTION

NM Collection menjual berbagai-bagai jenis songkok, capal dan samping yang dijamin dari segi kualiti pembuatannya. Pada masa akan datang, NM Collection akan menambah lagi koleksi keluarannya sekiranya penjualan produk yang sedia ada mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima Kasih atas sokongan anda...

Tuesday, June 23, 2009

APA ITU SONGKOK ?

Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi masyarakat Melayu. Songkok dipakai sebagai pelengkap baju melayu bagi menghadiri majlis-majlis keramaian atau keagamaan. Songkok sangat popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di Selatan Thailand.

Songkok dikatakan berasal daripada penduduk Indonesia yang beragama Islam. Pada asalnya, bentuk songkok adalah di dalam bentuk yang seakan-akan fez (juga dikenali sebagai tarbus). Kebanyakannya dihasilkan di dalam warna hitam. Di Indonesia songkok juga dikenali sebagai peci.

Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala rasmi yang pada awalnya dipopularkan oleh Presiden Sukarno. Songkok ini akan dipakai oleh rakyat Indonesia bagi menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau majlis keagamaan seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Di kalangan masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Songkok juga turut dipakai oleh pasukan tentera dan polis di Malaysia dan Brunei untuk upacara-upacara tertentu. Songkok terdiri daripada berbagai-bagai saiz mengikut ukuran kepala si pemakai. Songkok boleh dipakai kosong (warna hitam) atau diberi hiasan iaitu lilit yang boleh dipasang atau dibuka.

Untuk mengetahui saiz songkok yang dipakai. kita perlu mengukur dengan menggunakan tali pengukur yang akan dililit di sekitar kepala iaitu di bahagian atas kening. Ukuran yang diambil adalah dalam ukuran inci. Sebagai contoh, jika ukuran lilit kepala adalah 22", makan saiz sebenar songkok si pemakai adalah 22 1/4". Tujuan saiz songkok dibesarkan 1/4" adalah bagi memastikan pemakaian songkok yang selesa.

***rujukan : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

PROSES PEMBUATAN SONGKOK

Berikut adalah proses-proses di dalam pembuatan songkok....



Rajah di atas adalah bahan yang digunakan sebagai rangka dalam pembuatan songkok. Ia lebih dikenali sebagai polan. Ia dibuat daripada suratkhabar lama dan cebisan kain. Polan akan dipotong mengikut saiz- saiz songkok.



Gambar di atas adalah kulit yang digunakan sebagai pelindung daripada peluh atau basah. Kulit juga digunakan bagi mengekalkan bentuk songkok. Kulit dipotong selebar 1 1/2" dan dijahit di sebelah dalam songkok.



Baldu adalah kain yang digunakan untuk membalut rangka songkok yang telah siap dijahit. Baldu songkok terdiri daripada dua jenis iaitu baldu biasa dan baldu SOB (baldu tebal). Baldu akan dipotong mengikut saiz songkok.



Proses pembuatan rangka songkok dilakukan dengan menyambung badan songkok ke kepala songkok seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas.



Gambar di atas menunjukkan proses menjahit baldu untuk disatukan kepada rangka songkok. Kertas keras akan dijahit bersama-sama baldu untuk membuat badan songkok.



Proses seterusnya adalah menyemat baldu di bahagian kepala songkok dengan jarum. Setelah selesai disemat, sematan tersebut akan dijahit supaya baldu tidak tanggal dari rangka songkok (gambar di bawah).



GAMBAR SONGKOK

Berikut adalah jenis-jenis songkok koleksi NM Collection....


SONGKOK TINGGI KAIN BIASA



SONGKOK SOB TINGGI





SONGKOK SOB TINGGI (5")

HARGA SONGKOK

Songkok keluaran NM Collection adalah 100% buatan tangan. Kami yakin anda akan berpuas hati dengan songkok keluaran NM Collection kerana kami mementingkan kualiti dari kuantiti....
SONGKOK BUDAK
Jenis Saiz Harga
Biasa 18 - 20 3/4 RM 15
Tinggi 18 - 20 3/4 RM 25
SONGKOK DEWASA
Jenis Saiz Harga
Biasa 21 - 23 RM 20 - RM 35 (bergantung saiz)
Tinggi 21 - 23 RM 30 - RM 45 (bergantung saiz)
SONGKOK S.O.B
Jenis Saiz Harga
S.O.B Rata 21 - 23 RM 50 - RM 65
S.O.B Tinggi 21 - 23 RM 60-RM80
(bergantung tinggi)

LILIT SONGKOK

Lilit yang diletakkan sebagai hiasan tepi songkok bagi menjadikan songkok kelihatan lebih menarik. NM Collection menjual lilit yang terdiri daripada lilit halus dan lilit songket. Lilit boleh dibuka atau dipasang mengikut selera pemakai. Saiz lilit bergantung kepada saiz songkok.

Namun, lilit hanya sesuai dipakai pada songkok biasa. Ini kerana jika lilit dipakai pada songkok S.O.B, ia akan merosakkan kualiti baldu songkok tersebut kerana baldu S.O.B tebal.









LILIT SONGKOK
Jenis Saiz Harga Harga (Sekodi)
Lilit Halus 21 - 23 RM RM 120
Lilit Songket 18 - 20 3/4 RM RM 70








21 - 23 RM RM 90

APA ITU SAMPING ?

Samping sama seperti kain sarung yang biasa dipakai oleh kaum lelaki. Bezanya adalah samping lebih pendek daripada kain sarung. Samping biasanya dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping akan diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar atau di sebelah dalam baju. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis.

Pada asalnya, samping lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Mengikut peredaran masa, samping diikat dan dilipat sehingga ke paras lutut. Ia lebih digemari kerana ringkas dan selesa apabila dipakai.

Di Johor misalnya, samping dipakai oleh kaum lelaki di sebelah dalam iaitu di bawah baju kurung Teluk Belanga. Samping yang dipakai dengan cara ini dipanggil kain samping dagang dalam. Samping yang dipakai dengan cara dilipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-tengah di hadapan badan. Kemudian bahagian yang bertindan itu akan digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong.

Selain daripada cara yang disebutkan di atas, samping juga boleh dipakai dengan pelbagai gaya supaya lebih menarik. Antaranya ialah dengan cara melipat-lipatnya di sisi badan dan menyimpulnya dengan simpulan seperti tanduk atau bunga, mengikatnya dengan tali pinggang atau bengkong. Jika tali pinggang digunakan, pending dipasangkan untuk menjadi kepala tali pinggang supaya nampak lebih kemas dan lebih hebat

HARGA SAMPING

NM Collection menjual berbagai-bagai jenis samping yang terdiri daripada samping budak dan dewasa :-





SAMPING
Jenis Harga Harga (Sekodi)
Budak (S,M,L,XL) RM RM
Budak (XXL) RM RM
Dewasa RM RM

APA ITU CAPAL ?

Capal telah dikenali sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, ia begitu sinonim dengan masyarakat melayu. Pembuatan capal merupakan salah satu seni kraftangan. Pembuatan capal biasanya diturunkan dari satu keturunan ke satu keturunan yang lain.

Capal mempunyai berbagai jenis saiz dan bentuk. Sejak bertahun-tahun lamanya, capal digunakan sebagai pelindung kaki. Capal sesuai digunakan di negara beriklim panas dan merupakan sebahagian daripada tradisi pemakaian mayarakat di Malaysia dan negara Asia yang lain.

GAMBAR CAPAL

Gambar-gambar capal koleksi NM COLLECTION berjenama Lado Dua :_




CAPAL






HITAM





PUTIH

COKLAT



PANDANGAN SETIAP
SUDUT CAPAL

HARGA CAPAL

NM Collection menjual capal yang dibuat 100% buatan tangan. Capal NM Collection dibuat menggunakan campuran getah semulajadi dan 100% kulit tempatan yang dijamin dari segi keselesaan apabila dipakai. Capal buatan NM Collection juga tahan lama dan tidak mengeluarkan bau serta talinya tidak longgar.

Capal NM Collection sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Capal sesuai dipakai ke majlis-majlis keramaian dan juga ketika menyambut sambutan perayaan (Aidilfitri dan Aidiladha). Capal koleksi NM Collection terdiri daripada tiga warna iaitu hitam, putih dan coklat (warna talinya).




CAPAL






CAPAL TALI HITAM/COKLAT
Saiz Harga
40 - 45 RM 65
46 - 48 RM 75

CAPAL TALI PUTIH
Saiz Harga
40 - 45 RM 75
46 - 48 RM 85

Thursday, June 18, 2009

CONTACT US

NM COLLECTION



CONTACT BY

Email : nm.songkok@gmail.com
Phone No : +6017 250 7679



TERM AND CONDITIONS
  1. Items are not refundable nor returnable
  2. Price exclusive of postage. You can choose whether to use Pos Malaysia parcel or by Pos Laju. The rate varies depends by the weight. Normally by Pos Malaysia = RM2.50 and Pos Laju = from RM4.50 (not include 25% tax and extra rate to sabah / sarawak)

HOW TO ORDER
  1. Fill in the order form at the upper tab 'ORDER HERE'
  2. I'll then reply you by email for the availability of the items
  3. Make the payment
  4. I'll send the item by normal parcel, pos laju or by bus (your choice)
  5. For costumer in Klang valley, I'll give an address through your email.