NM COLLECTION

NM Collection menjual berbagai-bagai jenis songkok, capal dan samping yang dijamin dari segi kualiti pembuatannya. Pada masa akan datang, NM Collection akan menambah lagi koleksi keluarannya sekiranya penjualan produk yang sedia ada mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima Kasih atas sokongan anda...

Tuesday, June 23, 2009

APA ITU SONGKOK ?

Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi masyarakat Melayu. Songkok dipakai sebagai pelengkap baju melayu bagi menghadiri majlis-majlis keramaian atau keagamaan. Songkok sangat popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di Selatan Thailand.

Songkok dikatakan berasal daripada penduduk Indonesia yang beragama Islam. Pada asalnya, bentuk songkok adalah di dalam bentuk yang seakan-akan fez (juga dikenali sebagai tarbus). Kebanyakannya dihasilkan di dalam warna hitam. Di Indonesia songkok juga dikenali sebagai peci.

Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala rasmi yang pada awalnya dipopularkan oleh Presiden Sukarno. Songkok ini akan dipakai oleh rakyat Indonesia bagi menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau majlis keagamaan seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Di kalangan masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Songkok juga turut dipakai oleh pasukan tentera dan polis di Malaysia dan Brunei untuk upacara-upacara tertentu. Songkok terdiri daripada berbagai-bagai saiz mengikut ukuran kepala si pemakai. Songkok boleh dipakai kosong (warna hitam) atau diberi hiasan iaitu lilit yang boleh dipasang atau dibuka.

Untuk mengetahui saiz songkok yang dipakai. kita perlu mengukur dengan menggunakan tali pengukur yang akan dililit di sekitar kepala iaitu di bahagian atas kening. Ukuran yang diambil adalah dalam ukuran inci. Sebagai contoh, jika ukuran lilit kepala adalah 22", makan saiz sebenar songkok si pemakai adalah 22 1/4". Tujuan saiz songkok dibesarkan 1/4" adalah bagi memastikan pemakaian songkok yang selesa.

***rujukan : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

No comments: