NM COLLECTION

NM Collection menjual berbagai-bagai jenis songkok, capal dan samping yang dijamin dari segi kualiti pembuatannya. Pada masa akan datang, NM Collection akan menambah lagi koleksi keluarannya sekiranya penjualan produk yang sedia ada mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima Kasih atas sokongan anda...

Tuesday, June 23, 2009

PROSES PEMBUATAN SONGKOK

Berikut adalah proses-proses di dalam pembuatan songkok....



Rajah di atas adalah bahan yang digunakan sebagai rangka dalam pembuatan songkok. Ia lebih dikenali sebagai polan. Ia dibuat daripada suratkhabar lama dan cebisan kain. Polan akan dipotong mengikut saiz- saiz songkok.



Gambar di atas adalah kulit yang digunakan sebagai pelindung daripada peluh atau basah. Kulit juga digunakan bagi mengekalkan bentuk songkok. Kulit dipotong selebar 1 1/2" dan dijahit di sebelah dalam songkok.



Baldu adalah kain yang digunakan untuk membalut rangka songkok yang telah siap dijahit. Baldu songkok terdiri daripada dua jenis iaitu baldu biasa dan baldu SOB (baldu tebal). Baldu akan dipotong mengikut saiz songkok.



Proses pembuatan rangka songkok dilakukan dengan menyambung badan songkok ke kepala songkok seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas.



Gambar di atas menunjukkan proses menjahit baldu untuk disatukan kepada rangka songkok. Kertas keras akan dijahit bersama-sama baldu untuk membuat badan songkok.



Proses seterusnya adalah menyemat baldu di bahagian kepala songkok dengan jarum. Setelah selesai disemat, sematan tersebut akan dijahit supaya baldu tidak tanggal dari rangka songkok (gambar di bawah).



No comments: